Seorang doktor yang bertugas di sebuah hospital kerajaan antara enam ditahan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, pada Khamis.<br />Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kesemua enam yang ditahan berusia antara 26 hingga 30 tahun.
